Toyota Mempatenkan Sistem Transmisi Manual Untuk Kereta Elektrik

TechnologyDigitalCars
14 Feb 2022 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kereta elektrik akan menggantikan kereta enjin pembakaran dalam dalam masa beberapa generasi sahaja lagi. Beberapa pengeluar sudahpun mengumumkan tarikh bila mereka akan hanya mengeluarkan kenderaan elektrik. Tetapi pemanduan elektrik berbeza dengan pemanduan elektrik. Tiada gear perlu ditukar menyebabkan pemanduan terasa kurang memuaskan bagi mereka yang lebih menyukai kenderaan manual.

image is not available

Menurut laporan Teslarati, Toyota telah mempatenkan sistem transmisi manual untuk kenderaan elektrik menerusi laman USPTO. Sistem penukaran gear secara pseudo ini akan cuba memberikan pengalaman menukar gear pada kereta manual menggunakan tombol gear. Kesemua elektrik di pasaran tidak dilengkapi kotak gear kerana kuasa dibekalkan terus kepada roda. Tiada kehilangan tenaga secara mekanikal.

image is not available

Toyota mungkin ingin menawarkan sistem transmisi pseudo ini untuk mereka yang masih belum ingin meninggalkan pengalaman pemanduan manual di masa hadapan.