AirPods Max 2 Mungkin Hadir Dengan Kawalan Sentuhan, Menggantikan Tombol Berputar

TechnologyDigital
7 Feb 2022 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

AirPods Max dilancarkan pada tahun 2020 sebagai set fon kepala nirwayar dengan pembatalan hingar aktif yang premium. Tidak semua orang bersetuju dengan rekaan dan harga jualan AirPods Max ini, tetapi tidak dinafikan ia menawarkan ciri unik yang cukup menarik seperti tombol berputar Digital Crown untuk kawalan seperti yang ditemui pada Apple Watch.

image is not available

Ia juga menyokong audio Spatial dan Dolby Atmos, memberikan pengguna Apple Music pengalaman penggunaan yang lebih menakjubkan berbanding produk lain. Terkini melalui laman Patently Apple, Apple telah dianugerahkan dengan paten Apple AirPods Max baharu tanpa tombol berputar ini.

Sebaliknya, ia digantikan dengan panel sesentuh untuk pengguna kawal dengan kawalan gestur. Secara teori, kawalan sentuhan ini mungkin lebih efisien berbanding tombol berputar dan akan lebih mudah untuk pengguna terus sentuh untuk seru Siri, kawal aras suara, menjeda muzik atau melangkau dan sebagainya.

image is not available

Namun, penggunaan tombol berputar ini membezakan AirPods Max dengan kebanyakan set fon kepala premium lain di pasaran. Tambahan ada pula kesan haptik yang memuaskan. Tidak pasti sama ada adakah AirPods Max 2 akan hadir dengan ciri ini. Kerana menurut sumber, ini bukan kali pertama Apple mempatenkan AirPods Max dengan sokongan kawalan sentuhan dan gestur.

Bila ia akan dilancarkan? Masih tidak pasti lagi jika acara Apple tahun ini akan hadir dengan versi baharu. AirPods Pro pun masih tiada versi baru, kecuali tambahan sokongan MagSafe. Sama-sama kita nantikan.