[VIDEO] Wanita Gadai Nyawa Anak, Minta Berpaut Pada Kain Sari Untuk Ambil Baju Jatuh Di Tingkat 9

Entertainment
19 Feb 2022 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika baru-baru ini viral di Malaysia tentang aksi seorang lelaki yang merisikokan nyawa anak perempuannya ketika menaiki motosikal, kali ini di India pula seorang wanita juga dikecam akibat melakukan perkara yang hampir sama kepada budak yang dipercayai anaknya.

Menurut NDTV, video perbuatan berisiko tersebut telah tular di Twitter setelah dikongsikan oleh akaun Dipanshu Kabra beberapa hari lalu.

Dalam video yang berdurasi selama 19 saat itu, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki telah berpaut pada kain sari dari balkoni tingkat 10 apartment yang didiami untuk mengambil kain atau baju yang jatuh di level bawah iaitu tingkat sembilan.

Sari itu pula telah dipegang oleh wanita itu dan seorang lagi wanita yang dipercayai nenek budak terbabit.

Hal ini menyebabkan ramai netizen di negara itu mengecam tindakan wanita terbabit yang sanggup merbahayakan nyawa anak.

image is not available

Walaupun budak itu dilihat berjaya naik semula dengan selamat, namun ada netizen yang mengatakan macam-macam benda buruk boleh berlaku jika pegangan kain itu terlepas atau budak tu tergelincir.

Video itu pula dikatakan telah dirakam oleh penghuni blok apartment bertentangan. Unit apartment di tingkat sembilan itu pula dikatakan berkunci, dan sebab itu lah ibu dan anak terbabit memutuskan untuk guna cara bahaya untuk dapatkan semula kain yang terjatuh ketika dijemur.

image is not available

Menurut salah seorang penghuni apartment itu, wanita berkenaan tidak meminta tolong dari pihak pengurusan untuk mendapatkan kain yang jatuh sebaliknya meminta kanak-kanak itu berpaut pada sari.

Wanita itu juga kini dilaporkan sangat menyesal dengan tindakannya dan pihak pengurusan juga telah mengeluarkan notis agar dia menjelaskan mengapa dia bertindak sedemikian.

Bahaya betul dia buat macam ni, tak tau la apa akan jadi kalau budak tu kalau tiba-tiba tangan dia licin dan terlepas pegangan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.