Penyerahan dividen LIGS, bantuan banjir SESB

8 Feb 2022 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebanyak RM1,317,336 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, dan turut disaksikan Pengerusi LIGS, Edward Linggu.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Bin Awang Sahari.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.