Dikutuk Kulit Gelap, Hati Ibu Luluh Anak `Dipalau’ Hari Pertama Sekolah

Family & Parenting
24 Mar 2022 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk kanak-kanak yang baru saja bersekolah, mencari kenalan baru merupakan salah satu keseronokkan yang dinanti-nantikan apabila pergi ke sekolah.

Bagaimanapun, tak semua pelajar berasa seperti itu, sama seperti seorang murid yang baru saja memasuki sekolah rendah ini, apabila permulaannya tidak bermula dengan baik.

Melalui perkongsian ibu pelajar itu di platform TikTok, anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun mengadu bahawa dirinya tidak didekati oleh rakan sebaya kerana berkulit gelap.

Lagi membuatkan hati si ibu berasa sedih apabila anaknya memberitahu dimaki ketika berada di sekolah tapi tidak tahu sebab diperlakukan seperti itu.

Difahamkan juga, anak perempuannya sering menangis setiap kali pulang ke sekolah dan hal itu sudah semestinya menghancurkan hatinya sebagai seorang ibu.

image is not available

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen luahkan rasa kesal dengan kelakuan pelajar pada zaman ini yang dianggap tidak bermoral serta tidak beradab.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Sebab Tak Pakai Smiggle.." - Ibu Bapa Rungsing Anak Kena 'Pulau' Gara-Gara Pakai Barang Tak 'Branded'