Followers IG Siti Hariesa Mencanak Naik Lepas Viral ‘Babak Panas’, Tapi Penuh Kecaman?

Entertainment
21 Mar 2022 • 5:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti ramai yang sedia maklum, sehari dua ini nama pelakon baru Siti Hariesa menjadi bualan ramai susulan viral adegan ‘panas’ nya bersama Zul Ariffin.

Malah difahamkan ekoran isu tersebut, followers instagramnya mencanak naik, dari 8k kini mencecah lebih 30k.

Sehingga kini pelakon baharu itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab aksi panas terbabit dan tindakannya itu mendapat kecaman dari orang ramai kerana disifatkan tidak sensitif dengan isu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen Instagramnya iaitu @sitihariesa, dilihat ramai yang meninggalkan komen berbaur kecaman terhadap pelakon baharu itu.

“Jgn main2 dgn netizen tau bila dorang menentang sekeras-kerasnya image is not available” – Komen netizen

image is not available

Namun bukan hanya kecaman, ada juga yang memberikan nasihat buat Siti Hariesa supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi pada masa akan datang.

“Oh this girl..suka tgk dia berlakon..soft je..lebih kurang mcm siti khadijah..muka pun nk sama. Dua2 cantik.” – Komen netizen

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sebelum ini, Zul Ariffin telah memuatnaik video untuk mempromosikan drama siri Perempuan Itu di Instagramnya namun difahamkan telah dipadam dari Instagramnya kurang dari 24 jam selepas mendapat kecaman orang ramai di media sosial.

Terbaharu, hari ini (21 Mac), Zul Ariffin ada memuatnaik story permohonan maaf di Instagramnya dan berkata bahawa dia akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang posting di media sosial.

Min harap agar korang semua mendoakan yang baik-baik sahaja buat Siti Hariesa okayy?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.