“Memang femes pakcik ni” – #Throwback ‘Uncle Origami’ Buat Persembahan Di Sekolah Bikin Ramai Rindu

Entertainment
22 Mar 2022 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman kanak-kanak sememangnya waktu yang kita sukar lupakan dan akan kekal dalam
memori setiap orang. Time ni kita cuma berseronok tanpa fikir sebarang tanggungjawab atau beban yang perlu digalas. Tu lah yang paling semua orang rindu kan?

Korang ingat lagi tak waktu sekolah dulu, selain daripada makanan dan permainan zaman childhood, korang mesti ingat ‘Uncle’ yang selalu buat persembahan origami. Rindunya!

Tiktokers @signal_singh baru-baru ini viral kerana telah melakonkan dan mengimbas kembali kenangan ‘Uncle’ Origami ni.

 

Kalau korang perhatikan video ni, ekspresi dan gaya TikTokers ni melakonkan semula perbuatan Pakcik Origami memang mencuit hati. Min rasa orang tengah sedih pun boleh happy balik.

Mana tak geli hati, dalam video ini ditunjukkan bila pakcik origami selesai je impress kan pelajar sekolah dengan origaminya, pakcik ni akan galakkan pelajar sekolah untuk membeli buku origaminya yang berharga RM5. Tipulah kalau korang tak pernah beli buku ni kan?

Kalau korang tengok kat bahagian komen pun, memang ramai netizen yang terhibur dan kebanyakan dari mereka juga berkongsi pengalaman yang sama. Siap ada yang throwback balik segala kenangan masa sekolah dulu.

image is not available

Min rasa kan macam nak je balik ke masa lampau dan experience semula memori-memori ni!!!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.