Cara membeli emas dengan bijak

29 Mar 2022 • 2:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Cara membeli emas dengan bijak

Emas adalah antara benda yang paling berharga di dunia. Ia juga adalah satu medium pelaburan yang sudah berkurun lama diamalkan dan dilakukan untuk mendapat keuntungan secara jangka panjang atau pendek. Emas juga sangat bernilai tinggi dan harga yang boleh mengelapkan mata semua manusia. Di Malaysia kini ramai sudah menyedari akan kelebihan pelaburan emas. Tetapi banyak juga yang tertipu dengan skim emas haram. Ada juga yang tertipu sehingga jutaan ringgit kerana dijanjikan keuntungan luar biasa.

Bagi yang ingin membeli emas untuk pakai dan simpan di rumah sahaja, cara pembelian emas fizikal sangat mencabar kerana setiap kedai mempunyai harga yang berlainan walaupun harga emas rasmi dikeluarkan setiap hari dalam pasaran. Kedai emas juga boleh menarik pelanggan dengan pelbagai cara yang kreatif. Jika anda ingin membeli emas untuk memakai adalah sangat penting untuk kita ikut cara ini kerana akan menjimatkan poket dan dapat membeli dengan bijak.

Kajian pasaran

Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

Untuk kaum wanita sudah pasti sangat suka untuk memakai barang kemas yang banyak. Dan mereka juga pastinya sudah tahu bentuk dan jenis emas yang mereka ingin pakai. Jika kita sudah menetapkan corak dan bentuk emas yang kita ingin beli, perkara pertama kita harus mencari sebanyak kedai emas yang ada mungkin 10km jarak dengan kediaman kita. Kita boleh mencari nombor telefon kedai emas tersebut di dalam media sosial atau laman sesawang. Selepas itu, kita harus membuat panggilan dan bertanyakan harga emas 1 gram semasa kedai tersebut. Bandingkan dengan kedai lain sebelum membuat lawatan ke kedai.

Membeli emas ‘preloved’ (emas terpakai)

Photo by solod_sha from Pexels

Zaman kini, ramai penggemar dan pengumpul barang kemas banyak mencari emas ‘preloved’ iaitu emas terpakai. Kebanyakan kedai emas akan menjual emas pada harga lebih murah. Contohnya, jika emas baru RM250/1gram, emas terpakai tersebut akan selalunya murah RM20-RM25/1gram. Akan tetapi kita harus membuat penelitian dengan kualiti emas tersebut kerana ada antara emas tersebut kelihatan seperti baru dan tidak langsung terjejas. Jika emas yang kita hendak beli seberat 10 gram, kita sudah boleh menjimatkan wang sehingga RM200. Bagi yang kerap ingin menukar corak dan bentuk barang kemas mereka sesuai untuk membeli emas ‘preloved’ ini.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.