Yusshazwan, Abu Samah lakar sejarah tersendiri

22 Mar 2022 • 4:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

DUA pemain tenis para, Mohamad Yusshazwan Yusuf Yusoff dan Abu Samah melakar sejarah tersendiri apabila menewaskan Australia 2-1 pada pada aksi kelayakan Kejohanan Tenis Berkerusi Roda 2022 zon Asia/Oceania, pada Isnin.

Kemenangan kedua-dua pemain berkenaan telah mengesahkan slot untuk mereka beraksi di Wheelchair Tennis World Team Cup di Portugal, Mei depan.

Kemenangan berkenaan sekali gus membuktikan atlet-atlet para negara kini telah bersedia untuk beraksi pada kejohanan berkenaan.