“Saya beratur dah lama…” – [VIDEO] Pengunjung Tak Puas Hati Dengan RELA, Siap Ajak Bergaduh

Entertainment
28 Mar 2022 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekerja sebagai seorang yang perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda dipertanggungjawabkan untuk menjaga ketenteraman awam dan melancarkan sesebuah majlis.

Pastinya, semua orang mempunyai had kesabarannya dan itulah yang berlaku dalam sebuah situasi ini apabila seorang lelaki bertindak menengking sekumpulan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Difahamkan, individu tersebut tidak puas hati apabila terdapat pengunjung yang datang lebih lewat dibenarkan masuk terlebih dahulu ke dalam premis berkenaan.

@yopnorha

Tak leh sabar. yang g marah ke abg rela tu buat ape. #fyp #respect #beraturLah

♬ original sound – yopnorha – yopnorha

Insiden itu sempat dirakamkan dan dimuatnaik dalam laman TikTok oleh @yopnorha, dia memaklumkan lelaki tersebut telah mengajak salah seorang anggota RELA yang bertugas untuk bergaduh akibat terlalu marah dengan insiden itu.

Eh, kenapa tercegat je?

Selepas bertindak memarahi anggota-anggota RELA itu, lelaki tersebut mengajak salah seorang daripada mereka untuk bergaduh, tanpa disangka anggota beruniform itu mengajaknya keluar dari premis itu.

Pun begitu, lelaki yang sebelum itu mengajak bergaduh itu hanya tercegat apabila anggota RELA itu setuju untuk ‘keluar’.

Rata-rata netizen memuji anggota RELA tersebut yang tidak mudah melenting dan mengawal situasi tersebut dengan baik.

image is not available

Bagaimanapun, yang paling penting keselamatan perlu diutamakan, jangan ikutkan emosi sangat ok?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.