Realme Narzo 50A Prime akan tiba ke Malaysia, dijangka bawah RM600

Digital
23 Mar 2022 • 3:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme Malaysia kini sedang bersiap-sedia untuk melancarkan telefon flagship pertama mereka tahun ini, Realme GT2 Pro pada 24 Mac. Rupa-rupanya, mereka akan turut memperkenal satu lagi telefon pintar dalam majlis yang sama, iaitu Narzo 50A Prime.

Narzo 50A Prime adalah telefon pintar mampu milik kelas permulaan, walaupun nama Narzo sebenarnya mahu dikaitkan sebagai telefon pintar gaming. Untuk peranti ini, ia mungkin jauh dari kebolehan peranti gaming sebenar.

image is not available

Masih belum ada sebarang maklumat dikongsikan, tetapi kita boleh tahu banyak perkara kerana Narzo 50A Prime baru dilancarkan di Indonesia dan dijual pada harga berikut:

  • Narzo 50A Prime (RAM 4GB + Storan 64GB) – IDR 1.999.000 (~RM587)

Berkemungkinan besar, di Malaysia ia akan dijual di bawah RM600. Mungkin jualan awal akan ada tawaran menarik seperti potongan harga masa terhad atau hadiah percuma. Ini kena tunggu pelancarannya pada 24 Mac nanti.

Spesifikasi

Biasanya, peranti Realme yang dilancarkan di Indonesia adalah model yang sama dengan Malaysia. Jadi kita merujuk kepada spesifikasi yang terdapat di laman web Realme Indonesia.

image is not available

Kuasa penggerak utama Narzo 50A Prime adalah cip Unisoc T612 8-teras 12nm. Agak sukar untuk menganggarkan tahap prestasinya memandangkan cip Unisoc kurang popular berbanding Snapdragon, Exynos dan Mediatek. Ia mungkin di atas Narzo 50i yang menggunakan cip Unisoc T610.

RAM yang digunakan jenis LPDDR4x manakala storannya jenis UFS 2.2 sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan. Terdapat tiga slot kad berasingan, dua lagi untuk kad SIM nano.

image is not available

Skrinnya jenis LCD HD Penuh, berukuran 6.6-inci. Pengimbas Bateri pula sebesar 5,000mAh dengan sokongan pengecas pantas 18W. Pengecas ada diberi di dalam kotak.

Untuk kamera, terdapat tiga lensa di belakang iaitu kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera potret hitam putih. Kamera hadapan 8MP, di dalam takuk kecil di dahi skrin.

image is not available

Sistem bunyi hanya mono tetapi masih ada jek audio 3.5mm. Sistem operasi pula menggunakan Realme UI R Edition, berasaskan Android 11.

Ada dua warna disediakan untuk Narzo 50A Prime, iaitu hitam dan biru.

image is not available

Bacaan Berkaitan