Vivo Y21T akan datang ke Malaysia bersama sistem tri-kamera 50MP

Digital
23 Mar 2022 • 1:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vivo siri-Y adalah telefon pintar mampu milik dan satu model baru akan dilancarkan tidak lama lagi. Vivo Malaysia menyatakan bahawa mereka akan melancarkan Vivo Y21T, pada akhir bulan ini.

Pelancaran Vivo Y21T di Malaysia akan diadakan pada 26 Mac 2022. Pelancaran dijangka akan diadakan secara maya dan maklumat lanjut mengenai pelancaran ini akan diberitahu di Facebook Vivo Malaysia.

image is not available

Bagi Y21T, harganya dijangka di antara RM600-RM1,000, memandangkan model sedia ada iaitu Vivo Y33s berharga RM999 dan Vivo Y15A pula RM599.

Spesifikasi Vivo Y21T

Walaupun belum dilancarkan, Vivo Malaysia berkongsi banyak perkara tentang peranti ini. Antaranya ia akan dikuasakan cip Snapdragon 680, cip sama yang digunakan di Redmi Note 11.

Ia dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W, menerusi USB-C. Kamera pula ada 3 dengan kamera utama menggunakan sensor 50MP.

Vivo turut menyatakan, Vivo Y21T datang dengan rupa premium dalam dua pilihan warna, putih dan biru.

image is not available

Maklumat lanjut boleh kita dapati di laman web Vivo Global, jika ia adalah peranti yang sama. Ia menunjukkan, skrin Vivo Y21T jenis LCD HD Penuh berukuran 6.58-inci. Tidak dinyatakan kadar penyegaran, jadi mungkin hanya 60Hz.

Skrin ini bertakuk kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 8MP. Kamera belakang pula ada 3. Selain kamera utama 50MP, ia turut ada kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Pengimbas capjarinya ada di sisi.

image is not available

RAM dari jenis LPDDR4x dan menyokong teknologi RAM maya Extended RAM 2.0. Storan pula menggunakan UFS2.1 dan ada kad mikroSD untuk tambahan. Ia ada tiga slot kad berasingan untuk dua kad SIM nano dan satu kad mikroSD.

Sistem operasi yang digunakan adalah Vivo FunTouch OS 12, berasaskan Android 11. Sama ada ia serupa atau tidak, kita tunggu pengumauman selanjutnya daripada Vivo Malaysia kelak.

image is not available

Bacaan Berkaitan