“Kertas A4 pun terpaksa minta sumbangan” – Guru Stress, Sekolah Didakwa Tiada Bajet Keperluan Mengajar?

Entertainment
22 Mar 2022 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam merupakan permulaan musim persekolahan bagi semua sekolah rendah dan menengah bagi sesi 2022, paling menarik perhatian adalah kemasukan pelajar tahun satu yang mempunyai pelbagai ragam.

Bagaimanapun, di laman Twitter lain pula ceritanya apabila terdapat keluhan daripada guru-guru sekolah yang mendakwa mereka terpaksa meminta sumbangan ibu bapa untuk menyediakan keperluan asas pembelajaran seperti kertas A4 dan kos printing.

Menurut tweet daripada @SyedAkramin, disebabkan itu ramai guru-guru yang stress kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi malah, ada yang berkongsi sekolah anak mereka meminta ibu bapa untuk membayar RM10 setahun bagi tujuan cetakan bahan pembelajaran.

Tweetnya itu mengundang perbincangan netizen, terutama sekali daripada golongan ibu bapa dan tidak kurang juga netizen yang berkongsi pengalaman peribadi mereka berkaitan isu ini.

image is not available

Tweet ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen terutama sekali mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah atau guru-guru yang bertangunggjawab mendidik murid di sekolah.

Hm, siapa yang sepatutnya berikan dana ya?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.