“Terpaling relax” – [VIDEO] Lelaki Dirakam Tetap Tenang Walaupun Angin Kuat Ketika Beli Makanan

Entertainment
9 Mar 2022 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasti ramai yang terjejas di kala hujan dan ribut petir yang melanda negara kita sejak kebelakangan ini. Tambah pula dengan angin kuat dan banjir pula, lagi lah pening kepala nak fikir!

Nak fikir nanti takut kereta kena redah jalan raya yang sesak, tambah pula banjir dan hujan lebat, yang naik motor hari-hari balik rumah basah kuyup, yang berniaga pun tak kurang terjejas juga. Stress kan fikir?

Apapun, kita kena lah kekal tenang hadapi ujian dan dugaan ini. Seperti perkongsian video ini, seorang lelaki telah dirakam tetap tenang walaupun diduga angin kuat ketika sedang membeli makanan.

Video yang dipercayai dirakam daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada sebuah foodtruck ini telah pun dimuat naik oleh pemilik akaun @drinkla.my di laman TikTok.

Melalui video rakaman tersebut, dilihat beberapa orang pelanggan yang terdiri daripada tiga orang wanita dan seorang lelaki berada di lokasi kejadian iaitu dipercayai di kawasan tapak niaga Santai Setia Alam, Shah Alam.

Pada saat yang ke-27, terlihat lelaki yang sedang berada di hadapan kaunter foodtruck ini tetap kekal tenang walaupun angin kuat melanda sehingga menerbangkan sekaki payung besar!

Dalam masa 14 jam sahaja selepas dimuat naik, video ini telah pun meraih sebanyak 1.5 juta jumlah tontonan! Di ruangan komen, ramai yang memuji sifat tenang lelaki tersebut yang langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku.

image is not available

Min syak abang ni lapar betul lah. ‘Apa pun jadi asalkan aku dapat makanan aku!’ Hahahaha

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.