Oppo Melancarkan Kerangka Penyejukan Untuk Find X5 Pro

TechnologyDigital
25 Mar 2022 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo Find X5 Pro masih belum nampak batang hidung akan dilancarkan di Malaysia tetapi di China juala terbuka sudah dilakukan. Bagi menarik perhatian pengguna, Oppo melancarkan pula kerangka penyejukan khas Ice-Skrin yang boleh menurunkan suhu sehingga 3 darjah Celsius.

image is not available

Kerangka direka oleh pelajar di Universiti Wuhan menggunakan teknologi penyejatan. Terdapat hidrogel yang menyerap lembapan dari udara yang kemudiannya menyerap haba dari peranti menerusi proses penyejatan. Lapisan hidrogel ini akan menyerap lembapan dan melakukan penyejatan secara berterusan bagi menyejukkan peranti.

Pada waktu ini kerangka yang nipis ini hanya ditawarkan untuk Find X5 Pro. Langkah yang perlu memandangkan Snpadragon 8 Gen 1 yang digunakan oleh Find X5 Pro sedikit panas ketika beroperasi.