Lima kereta rosak dihempap pokok

28 Mar 2022 • 7:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Sebanyak lima kereta rosak dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran restoran makanan segera di Gunung Rapat di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd Azman Husin berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.53 petang.

image is not available

Menurutnya, pemeriksaan mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap kereta jenis Proton Waja, Proton Saga BLM, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda CRV.

"Pokok tersebut tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

image is not available

"Anggota bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji rantai dan mengalihkan dahan ke tempat selamat. Operasi turut dibantu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)," katanya ketika dihubungi di sini.