“Rasa berdosa lah gelak!” – [VIDEO] Tangan Tersangkut Dekat ‘Handbrake’, Wanita Terpaksa Panggil Bomba

Entertainment
25 Mar 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara yang agak memalukan pernah terjadi kepada kita, biasanya kita diamkan atau seboleh-bolehnya sorokkan perkara tersebut agar tiada siapa tahu, tetapi kalau ia sudah sampai tahap membahayakan kita terpaksalah menahan malu untuk meminta tolong kepada yang berkenaan, betul tak?

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini, sebelah tangannya termasuk ke dalam bahagian handbrake.

Video pendek itu menunjukkan seorang wanita yang tangannya sedang tersekat dan beberapa orang ahli bomba cuba untuk mengeluarkan tangan wanita tersebut.

“Nasib baik dapat keluar, kalau tak naya!”

Situasi itu dapat diselesaikan oleh pihak bomba dan wanita tersebut bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

Video yang dimuatnaik oleh @dayahlawa itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata meninggalkan komen berbunyi simpati tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang berasa serba salah untuk ketawa.

image is not available

Macam mana boleh tersangkut ya?

Sudah pastinya, insiden itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan ramai yang bertanya bagaimana ia boleh terjadi.

Dalam video yang lain, pengguna TikTok itu ada menceritakan bagaimana ia terjadi.

@dayahlawa

Reply to @akmalharis.demica Tgn pon besar gajahimage is not availabledh order kt shopee penutup dia kete lama kanimage is not available

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Wanita tersebut cuba untuk mengeluarkan kad bank yang terjatuh ke dalam ruang bawah handbrake itu. Disebabkan tangannya boleh masuk dengan senang, dia merasakan jika dia ingin mengeluarkan tangannya itu tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.

Rupanya, agak sukar baginya untuk mengeluarkan tangannya itu kerana terdapat beberapa bahagian yang tajam.

Nasib baik selamat kak!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.