PROMO: Dapatkan pengecas Galaxy S22 percuma di Samsung Members

Digital
8 Mar 2022 • 11:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda mahu membeli telefon pintar Galaxy S22 yang terbaru, jangan lupa untuk menebus kod baucar di aplikasi Samsung Members terlebih dahulu. Ini kerana Samsung Malaysia memberikan pengecas 25W percuma, jika membeli Galaxy S22 bersama kod promosi tersebut.

Untuk mereka yang tidak memiliki peranti Samsung, anda boleh cuba bertanyakan rakan-rakan yang menggunakan peranti Samsung. Bagi mendapatkan kod baucar ini, anda perlu menebusnya di dalam aplikasi Samsung Members.

Caranya, buka aplikasi Samsung Members dan leretkan sepanduk di bahagian atas, sehingga anda bertemu promosi percuma pengecas Galaxy S22. Klik pada sepanduk tersebut. Kemudian, tekan pada “View Voucher” untuk melihat kod baucar eksklusif anda.

Kod baucar ini hanya boleh digunakan untuk membeli siri Galaxy S22 di Stor Online Samsung Malaysia sahaja. Di sana, pilih model Galaxy S22 yang mahu dibeli beserta jenis storan, dan pastikan anda mmeasukkan kod baucar sebelum membayar. Ia akan disenaraikan sebagai aksesori percuma sebelum checkout.

image is not available

Selepas tamat tempoh promosi tempahan awal, Samsung kini menyediakan hadiah percuma yang berbeza untuk pembeli siri Galaxy S22. Pembeli akan menerima jam pintar Galaxy Watch 4 bagi semua model, dan tambahan stylus Galaxy x Lamy Safari Twin Pen khusus untuk Galaxy S22 Ultra.

Walaupun Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra menyokong pengecasan pantas 45W, beberapa pengguna menemui bahawa pengecas 45W tidak menjadikannya mengecas lebih pantas berbanding pengecas 25W. Untuk makluman, pengecas tidak lagi diberikan di dalam peranti flagship Samsung sejak siri Galaxy S21 dan masih diteruskan di siri Galaxy S22.

Untuk rujukan, berikut adalah harga jualan siri Galaxy S22 di Malaysia:

  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB RM3,499
  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB RM3,699
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB RM4,099
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB RM4,299
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB RM5,499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB RM5,899

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan