PROMO: Galaxy S21 FE ada diskaun RM300 untuk masa terhad

Digital
8 Mar 2022 • 10:28 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda mencari telefon pintar flagship yang tidak terlalu mahal, salah satu pilihan terbaik sekarang adalah Galaxy S21 FE. Lebih baik lagi, Samsung Malaysia kini menawarkan potongan harga RM300 untuk membeli Galaxy S21 FE.

Menerusi aplikasi Samsung Members, terdapat tawaran yang dilihat terbuka untuk digunakan oleh semua, tidak terhad kepada pemilik peranti Samsung sahaja. Samsung menyiarkan kod rebat RM300 untuk membeli Galaxy S21 FE, dengan menggunakan kod promosi S21FEFANS di Stor Online Samsung Malaysia. Tawaran ini dibuka dari 4 Mac sehingga 15 April 2022.

image is not available

Harga Galaxy S21 FE selepas potongan RM300 adalah seperti berikut:

  • Galaxy S21 FE 128GB – RM2,899 RM2,599
  • Galaxy S21 FE 256GB – RM3,099 RM2,799

Lawatan ke Stor Online Samsung Malaysia sekarang menunjukkan hanya model 128GB boleh dibeli, model 256GB sudah kehabisan stok. Terdapat empat warna ditawarkan iaitu Graphite, Olive, Lavender, dan Putih.

image is not available

Jika belum kenal dengan Galaxy S21 FE, ia adalah peranti berkuasa tinggi menggunakan cip Samsung Exynos 2100. Ia datang bersama RAM 8GB dan tiada slot kad mikroSD untuk meluaskan storan. Skrinnya sebesar 6.4-inci, jenis Super AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz.

Kamera belakangnya gandingan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP berkuasa Space Zoom 30x. Kamera hadapan pula 32MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

image is not available

Fungsi premium yang terdapat pada Galaxy S21 FE adalah speaker stereo, kalis air dan debu IP68, pengecasan wayarles, sokongan Samsung Pay serta sedia 5G. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,5000mAh dengan kuasa mengecas berwayar 25W serta wayarles 15W.

Ia datang siap dengan sistem operasi Samsung One UI 4.0 berasaskan Android 12. Samsung menjanjikan kemaskini OS sebanyak 4x dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun bagi Galaxy S21 FE.

image is not available

Bacaan Berkaitan