Bagaimana Untuk Sahkan Akaun MySejahtera Anda?

TechnologyDigital
22 Mar 2022 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada minggu ini, aplikasi MySejahtera telah mengeluarkan kemaskini baharu, sekaligus menambah label “Verified” atau “Sah” pada nama pengguna di aplikasi berkenaan.

Pihak MySejahtera mengatakan mereka yang mempunyai label akaun yang disahkan, boleh menggunakan sepenuhnya pelbagai ciri-ciri pada aplikasi MySejahtera. Ini termasuk untuk melihat sijil vaksinasi dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, dan masih belum mengesahkan akaun, boleh melakukannya dalam empat langkah mudah.

image is not available

Untuk melakukan pengesahan, anda hanya perlu klik pada butang “Sahkan Segera” dibawah nama pada halaman utama MySejahtera.

Seterusnya, pada halaman yang dibuka, sila pastikan maklumat diri yang tertera adalah betul, dan klik pada butang “Sahkan”. Klik “Ok” pada tetingkap yang dipaparkan seterusnya.

Sebaik sahaja selesai, ada akan melihat kemaskini butang “Sah” bersebelahan nama anda.

Dengan mengesahkan akaun, anda boleh mengakses sijil vaksinasi, membuat tempahan dos pengalak dan sejumlah perkara lain melalui aplikasi MySejahtera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved