
Menurut laporan American Academy of Dermatology Association (AAD), antara simptom dialami bekas pesakit COVID-19 setelah sembuh yang mungkin ramai tidak menyedarinya adalah keguguran rambut yang sangat teruk.
Menurut kajian AAD, gejala rambut gugur itu adalah normal dan dipanggil sebagai Telogen Effluvium dari segi bahasa perubatannya.

Sumber : Google
Kebiasaannya, pesakit COVID-19 akan menunjukkan gejala demam dan membuatkan rambut gugur lebih banyak daripada biasa.
Setelah sembuh, fasa pertumbuhan kembali rambut bermula tetapi dalam pada masa yang sama, lebih banyak rambut gugur (telogen) daripada rambut yang tumbuh.
Keguguran rambut itu pula akan mula menunjukkan gejala sekitar dua hingga tiga bulan selepas demam ataupun sakit.
How hair loss is wrecking lives of Covid patients. Read more about it here: https://t.co/oADtQ6pF8z@lata_MIRROR pic.twitter.com/IXGMdgy8b3
— TOI Plus (@TOIPlus) February 24, 2022
Meskipun begitu, masalah tersebut hanya akan berlanjutan dalam tempoh sekitar enam hingga sembilan bulan sahaja dan pesakit akan kembali normal.
Sebagai solusi, anda mungkin boleh mencuba ‘shampoo’ yang mempunyai formulasi khas untuk mengatasi rambut gugur atau ambil sahaja vitamin tambahan seperti Iron (Fe).
“Siap Pakai Stetoskop” - Peniaga Berlakon Jadi Pakar Jual Produk Hubungan Intim, Doktor Bagi Teguran 'Pedas'
The post Rambut Gugur Macam Sakit Kanser, Ramai Tak Sedar Alaminya Setelah Dijangkiti COVID-19 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

