Telogen Effluvium: Simptom Rambut Gugur Lepas Covid Yang Ramai Tak Sedar

Men's Fashion
28 Mar 2022 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Para Covid survivors sekalian, korang ada notice tak yang rambut korang mula gugur dengan teruk lepas korang sembuh? Mesti korang risau teruk kan?

Tapi korang jangan panik…sebab rupanya simptom rambut gugur lepas sembuh daripada sakit Covid ni adalah perkara normal. Menurut American Academy of Dermatology Association (AAD), semua pasti tahu simptom virus Covid-19 ini adalah demam.

Namun, ramai tak sedar mereka akan mengalami masalah rambut gugur sebaik sahaja sembuh.

Telogen Effluvium

Masalah rambut gugur atau dalam panggilan medikalnya Telogen Effluvium ini terjadi apabila tiba fasa pertumbuhan rambut tetapi dalam masa yang sama lebih banyak rambut gugur (telogen) daripada rambut yang tumbuh. Kebiasaannya, demam boleh menyebabkan rambut gugur lebih banyak daripada biasa.

Kebanyakan Covid survivors akan perasan masalah rambut gugur ini dalam dua ke tiga bulan selepas alami demam atau sakit. Korang akan perasan rambut korang banyak gugur di tangan ketika mandi ataupun sikat rambut.

image is not available

Pun begitu, jangan risau, masalah ini hanya akan berlaku dalam tempoh enam ke sembilan bulan sahaja. Lepas daripada itu, mesti rambut korang kembali normal.

Jadi, kalau korang alami masalah ini lepasni dah tak perlu risau lagi sebab rambut baharu akan kembali tumbuh dalam ukuran panjang yang sama. Dalam masa yang sama, korang boleh cuba guna shampoo yang diformulasikan khas buat rambut gugur dan ambil iron supplement.

image is not available

Tapi, kalau semakin teruk lebih bagus korang terus jumpa pakar. Jangan tangguh-tangguh okay!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.