TV Alhijrah Tangguh Siaran Episod ‘Kak Long Viral’

Entertainment
15 Mar 2022 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika terdahulu, tular sebuah gambar yang memaparkan ‘Kak Long Viral’ yang ‘terkenal’ akibat videonya membuat ‘kecoh’ di kedai serbaneka 7Eleven dijemput menjadi tetamu dalam satu rancangan TV Alhijrah mendapat kecaman hebat netizen.

Nampaknya menerusi satu perkongsian Facebook rasmi stesen TV tersebut, pihak mereka akhirnya membuat keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod berkaitan wanita berkenaan.

image is not available

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan TV Alhijrah menjelaskan bahawa rancangan ‘Program Trending’ di saluran berkenaan merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

Kehadiran Wan Nor Baizura atau Kak Long di studio tersebut katanya telah disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang merupakan panelis yang mengambil peranan dalam memberi tausiyah, teguran dan pengajaran kepada wanita berkenaan mengenai isu yang dialaminya.

TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” tulis kenyataan tersebut.

 

“Tak payah tangguh, lebih baik batalkan terus”

Kenyataan yang dikeluarkan stesen TV ini walau bagaimanapun masih mendapat pelbagai respon netizen yang mana berharap episod tersebut dibatalkan terus dan ada juga yang memberi cadangan supaya rancangan ini menjemput staf 7Eleven yang terlibat dalam isu ini.

image is not available

Relaks ye semua, chill okay? Ramai yang marah isu kak long ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.