Mayat kedua ditemui terdampar di pantai

5 Mar 2022 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUDAT - Mayat kedua mangsa lemas ditemui terdampar di pantai Kampung Tugu Mamal Laut, di sini, kira-kira jam 8 pagi Sabtu.

Mayat Aewaeindar Fedelix Olliong, 20, ditemui penduduk kampung selepas dilaporkan hilang bersama abang sepupunya, Maclin Majaun, 29, akibat dibawa arus ketika memasang pukat di perairan Perapat Tugu Mamal, Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, operasi Carilamat kedua-dua mangsa diaktifkan selepas menerima laporan dua lelaki hilang ketika memasang pukat di perairan terbabit.

"Mayat pertama ditemui pada jam 6 petang semalam (Jumaat) dan mayat kedua ditemui jam 8 pagi tadi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, kedua-dua mayat sudah disahkan oleh ahli keluarganya sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Operasi yang turut dibantu oleh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) ditamatkan dengan penemuan kedua-dua mayat itu," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua nelayan yang juga bersepupu dikhuatiri lemas ketika keluar memukat di kawasan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved