
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui penyudah tumpul mengecewakan mereka selepas kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan musim di Stadium Likas pada malam Jumaat lalu.
Pemain-pemain mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama termasuk gagal menyempurnakan satu penalti sebelum pasukan pelawat menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua.

