[VIDEO] Ibu Kongsi Detik Cemas Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Anak Gara-gara…

Entertainment
17 Mar 2022 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Budak-budak bila dah dapat kaki, memang semua benda dorang nak buat. Lagi-lagi anak lelaki, lasak dorang bukan main lagi. Memang tak boleh nak lepa sekejap!

Macam baru-baru ni, sorang wanita kongsikan tragedi ngeri yang berlaku dekat anaknya gara-gara terlalu lasak.

Dalam video yang dikongsinya itu, dapat dilihat berus gigi telah tersangkut dalam mulut anaknya sehingga terpaksa di bawa ke hospital.

Menurut wanita ini, insiden tersebut berlaku apabila anaknya ini meletakkan berus gigi dalam mulut dan gigit sebelum main berlari dari ibunya. Tapi disebabkan tersalah langkah, anaknya ini terjatuh dan berus gigi di dalam mulutnya itu telah terbenam dalam pipinya.

Ekoran ini, Fina telah membawa anaknya ke klinik pada jam 11 pagi namun doktor di sana tak berani nak tarik berus gigi tersebut kerana bimbang akan berlaku pendarahan dan menasihati wanita ini untuk membawa anaknya ke hospital.

Kalau dilihat dalam video dekat atas tu, korang boleh tengok anaknya itu nampak tenang dalam situasi tersebut dan masih boleh bermain ketika di hospital.

Menerusi ruangan komen juga, Fina memberitahu bahawa berus gigi tersebut telah pun berjaya di bawa keluar dan anaknya kini telah pun sembuh sepenuhnya dan sudah kembali aktif.

image is not available

Peringatan untuk diri sendiri

Rata-rata netizen di ruangan komen turut berterima kasih kepada wanita ini kerana telah kongsikan video ini dan mengakui kejadian seperti ini turut memberi pengajaran untuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa memantau anak-anak ketika bermain. Tapi benda nak jadi, jadi jugakkan…

image is not available

Allahu nasib baik tak jadi apa-apa yang teruk…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.