
Kota Kinabalu: Pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April depan bakal memberi impak positif kepada negeri Sabah, khususnya sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.
Sehubungan itu, beliau menggesa pemain industri tempatan bersedia kerana “tempoh dari tahun ini ke tahun depan merupakan fasa yang kritikal bagi pemulihan industri pelancongan bukan saja di negara ini malah di peringkat global.”
