Inisiatif bangun semula pelancongan

17 Mar 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan semula sektor pelancongan sebagai persediaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri Sabah, khususnya apabila aktiviti pelancongan antarabangsa dibenarkan kelak.

Ini termasuklah memperkasa pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas pelancong serta produk-produk pelancongan baharu dan menjalankan promosi pelancongan secara lebih agresif.