“Welcome to Japan!” – Siri Animasi Tempatan Mechamoto Disambut Baik Penonton Jepun

Entertainment
29 Mar 2022 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mechamato ialah siri animasi Malaysia karya Animonsta Studios yang memaparkan kehidupan seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya MechaBot, yang bersatu melawan robot jahat.

Siri animasi ini telah ditayangkan di Cartoon Network Asia pada 4 Disember tahun lepas dan minggu ini ia dilancarkan dalam saluran itu di Jepun, Mechamato merupakan sebahagian daripada francais BoBoiBoy dan siri ini juga berlaku sebelum siri asal atau prekeuel dan BoBoiBoy Galaxy.

Malah, siri ini juga mempunyai dubbing bahasa Jepun dengan suara Ayumu Murase digunakan bagi watak Amato.

“Kena cari jalan untuk eksport karipap di Jepun!”

Walaupun baru sahaja ditayangkan pada minggu ini, siri animasi itu mendapat respon yang positif daripada peminat animasi di Jepun.

Dalam perkongsian pencipta dan pengarah Mechamoto, Nizam Abd Razak menerusi Facebook miliknya beliau memberitahu siri tersebut diminati di Jepun malah ramai juga yang berkongsi fan art untuk siri animasi tersebut.

Surreal feeling when reading comments and viewing fanarts from Japan. This is only the first weekend of airing in Japan….

Posted by Nizam Abd Razak on Sunday, March 27, 2022

Difahamkan, pengembaraan Amato ini berlatar belakangkan bandar Melaka dan semestinya ia menyuntik unsur-unsur budaya Malaysia. Disebabkan itu, ramai penonton Jepun mula menghargai budaya Malaysia dan ada juga yang mahu mencuba kuih karipap seperti dalam animasi tersebut.

Dalam posting tersebut, rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Nizam Abd Razak atas pencapaiannya itu.

Beliau juga berterima kasih kepada saluran Cartoon Network kerana memberi mereka peluang untuk mengetengahkan karya mereka itu.

image is not available

Wah bangga betul lah!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article