Rakyat Malaysia Triggered Orang Putih Bagi Tips Makan Nasi Guna Garpu & Pisau

Entertainment
22 Mar 2022 • 3:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video yang dikongsikan semula oleh Nigel Ng, atau lebih terkenal dengan Uncle Roger telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sampaikan meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets di Twitter.

Ianya bukanlah perkara yang dilakukan olehnya sendiri, tetapi satu info daripada wanita yang mendakwa dirinya ‘Pakar Etika British’ terhadap cara nak makan nasi.

 

Siapa je makan nasi macam ni?

Dekat sumber asal di TikTok, video ini telah meraih lebih daripada 4 juta tontonan sepanjang 6 hari ia dikongsikan.

Dalam video tersebut seorang wanita dari negara barat memberikan panduan jika ingin memakan nasi di tempat-tempat formal, katanya dengan cara kaut nasi guna garpu itu adalah satu perbuatan yang perlu dielakkan.

Sebaliknya, pegang garpu dalam keadaan telungkup di belah kiri, kemudian tolak guna pisau dan makan. Boleh tengok dibawah kalau nak dapatkan gambaran yang lebih jelas.

Sudah semestinya, netizen di Twitter rasa terpanggil dengan tips yang diberikan oleh wanita ini termasuklah Uncle Roger sendiri, ramai yang anggap bahawa cara yang diajar itu jauh lebih renyah jika nak dibandingkan dengan pakai sudu dan tangan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ramai betul yang geram bila baca satu-satu komen ni, apa pun mungkin ianya bergantung kepada budaya masing-masing. Macam kita, mesti ramai makan pasta macam makan mee kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.