Sabah Kekal Gelaran Ketua Menteri

2 Mar 2022 • 8:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hajiji (dua dari kiri) ketika melancarkan program BAIDURI peringkat negeri Sabah.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah tidak bercadang menukar gelaran Ketua Menteri seperti yang dilakukan negeri jiran, Sarawak.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata setakat ini, kerajaan negeri melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Bagi saya, gelaran ‘Ketua Menteri’ yang digunakan ketika ini sudah cukup baik,” katanya kepada media selepas melancarkan Inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman I-Suri (BAIDURI) Sabah, di sini, semalam.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri  Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion memaklumkan bahawa gelaran Ketua Menteri negeri berkenaan ditukar kepada Premier Sarawak berkuat kuasa semalam.

Ia berikutan pindaan Perlembagaan Sarawak yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 15 Februari lalu.

Selain jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri turut ditukar kepada Timbalan Premier, manakala Menteri Muda menjadi Timbalan Menteri. - Getaran, 2 Mac 2022