
Kota Kinabalu: Sabah belum ada sebarang cadangan untuk menukar istilah Ketua Menteri kepada Premier seperti dilakukan Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata penggunaan istilah Ketua Menteri adalah mencukupi bagi merujuk jawatan itu buat masa ini.
“Saya ingat panggilan Ketua Menteri pun setakat ini cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-Suri (Baiduri) pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Sabah mempunyai perancangan untuk menukar istilah Ketua Menteri kepada Premier seperti yang dilakukan oleh Sarawak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

