Vivo Y21T Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 26 Mac 2022

TechnologyDigital
22 Mar 2022 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Vivo baru sahaja mengesahkan yang mana mereka bakal hadir dengan peranti baharu di bawah siri Y untuk pengguna di Malaysia. Namun begitu, tarikh pelancaran peranti masih kekal menjadi tanda tanya, sehinggalah hari ini Vivo berkongsi secara terbuka.

Ia menunjukkan pengenalan untuk Vivo Y21T telah dijadualkan berlangsung pada minggu ini iaitu 26 Mac 2022. Turut boleh dilihat, peranti ini kelak bakal tersedia dalam dua pilihan warna seperti Midnight Blue dan Pearl White.

image is not available

Menyentuh sedikit mengenai Vivo Y21T, ia sebenarnya telah dilancarkan terlebih dahulu di pasaran Indonesia. Sekiranya ia adalah peranti yang sama, maka kelak ia bakal dilengkapi skrin LCD sebesar 6.51-inci dengan resolusi HD+. Ia kemudiannya akan dipadakan dengan Snapdragon 680, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB, tri-kamera dengan sensor utama 50-Megapixel, bateri 5,000mAh dan sebagainya.