Vivo Y21T Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
21 Mar 2022 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Barisan peranti Vivo di bawah siri Y bakal dikemaskini dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Melihat pada perkongsian terkini, mereka bakal mengumumkan Vivo Y21T, namun tarikh pelancarannya masih dirahsiakan setakat ini. Pada masa sama, butiran mengenai peranti juga tidak dikongsi, sebaliknya imej hanya menunjukkan kemasan sebahagian peranti sahaja.

image is not available

Sungguhpun begitu, peranti ini telah dilancarkan terlebih dahulu di Indonesia. Sekiranya ia adalah peranti yang sama, ia kelak akan dilengkapi skrin 6.51-inci LCD HD+, Snapdragon 680, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB, tri-kamera dengan sensor utama 50-Megapixel, bateri 5,000mAh dan banyak lagi. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.