Terbuka Jerman: Zii Jia tempuh laluan sukar

9 Mar 2022 • 9:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia terpaksa berhempas-pulas selama 52 minit sebelum menundukkan Mark Caljouw dari Belanda dalam pusingan pertama Terbuka Jerman 2022 di Muelheim an der Ruhr pada Rabu.

Kali terakhir bertembung pada separuh akhir All England 2021, pemain Belanda itu memberi tentangan sengit sebelum memenangi set pertama 21-19.

Bagaimanapun, Zii Jia, yang menjadi perseorangan profesional Januari lepas, berjaya menemui rentaknya untuk bangkit mengetepikan Caljouw 21-13, 21-8, dalam perlawanan di Westenergie Sporthalle.

Pemain pada ranking ketujuh dunia dan pilihan kelima kejohanan itu akan menentang Christo Popov pada pusingan kedua esok, selepas perseorangan Perancis itu menewaskan Misha Zilberman dari Israel 21-19, 21-18.

Sementara itu, beregu wanita nombor satu kebangsaan Pearly Tan-M.Thinaah, yang diletakkan sebagai pilihan kelapan, dikejutkan dengan kekalahan awal selepas kecundang pada beregu bukan pilihan dari Scotland Julie Macpherson-Ciara Torrance 17-21, 14-21.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved