Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon Lai mara ke perlawanan akhir

27 Mar 2022 • 8:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Switzerland, malam tadi.

Gandingan ke-13 dunia itu mengejutkan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang berada di ranking ke-10, dalam pertembungan dua wakil Malaysia, dengan kemenangan 21-17, 24-22 selepas 53 minit aksi separuh akhir di St Jakobshalle Basel.

Soon Huat-Shevon bakal berdepan pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara Mark Lamsfuss-Isabel Lohau dari Jerman menentang wakil Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.

Final Terbuka Switzerland berlangsung pada Ahad.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi terkandas di separuh akhir, tewas kepada pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 22-20, 13-21, 21-8.

Turut terkandas beregu wanita profesional negara Lim Chiew Sien-Vivian Hoo yang tewas kepada Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-10, 21-16 dalam tempoh 39 minit perlawanan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved