‘Pemain gagal penuhi jangkaan’

14 Mar 2022 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui pemain-pemain gagal memenuhi jangkaannya walaupun menewaskan pasukan Respect FC 2-0 pada pusingan pembukaan Piala FA di Stadium Likas, Sabtu lalu.

Pasukan itu terpaksa memeras keringat dan gagal memecah kebuntuan sehinggalah pada babak kedua apabila Umareng Bacok menjaringkan gol dengan tandukan daripada hantaran lintang Amry Yahyah pada minit ke-50 dan gol kedua hanya hadir pada minit ke-84 menerusi Nazirul Naim Che Hashim yang melakukan rembatan jarak dekat susulan hantaran bijak Park Taesu.