Lelaki lemas, rakan masih hilang di Lata Hammer

27 Mar 2022 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer di Bentong pada Ahad.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada jam 8.16 malam Ahad

Sementara mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor.

"Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 3.35 petang mengenai sekumpulan lelaki mandi dengan dua daripada mereka dilaporkan lemas.

"Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa akan bersambung esok ekoran cuaca sudah gelap," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Operasi turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama