Lelaki lemas mandi air terjun, rakan masih hilang

27 Mar 2022 • 10:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 27 MAC: Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer di Bentong, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul 8.16 malam tadi.

Sementara mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor.

“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 3.35 petang mengenai sekumpulan lelaki mandi dengan dua daripada mereka dilaporkan lemas.

“Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa akan bersambung esok ekoran cuaca sudah gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved