Covid-19: 21,483 kes baharu, 73 kematian

23 Mar 2022 • 8:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 73 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,535.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,269 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 59 kematian, diikuti Kedah dengan 58 dan Perlis (55).

KKM turut merekodkan 21,483 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,032,435.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.1 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 35.4 peratus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved