Sembilan kluster masih aktif: Masidi

23 Mar 2022 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan jumlah jangkitan baharu sebanyak 402 kes, penurunan marginal 14 kes berbanding jumlah Isnin lalu.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran yang sering menjadi daerah-daerah penentu jumlah keseluruhan kes harian di Sabah mencatatkan kes-kes baharu lebih rendah pada Selasa.

“Kota Kinabalu mencatat 119 kes (-18), Penampang 34 kes (-9), Papar 31 kes (-18) dan Tuaran 17 kes (-15),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, tiga kluster diisytihar tamat pada Selasa, dua daripadanya di daerah Ranau iaitu Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut Ranau. Satu kluster lagi ialah Kluster Kuala Tongod di Daerah Tongod.

“Dengan penamatan tiga kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah 9,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.