Ustazah Ini Dikritik Gara-Gara Kaitkan Autisme, Speech Delay Dengan Gangguan Jin

28 Mar 2022 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tindakan seorang ustazah mengaitkan anak-anak autisme dan speech delay dengan gangguan jin telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook, ustazah ini mendakwa jin mengganggu dan mendatangi anak-anak ini dengan penyakit kerana mereka lemah.

image is not available

Perkongsian ini difahamkan telah dipadam selepas mendapat kritikan bertubi-tubi daripada netizen. Ramai yang berpendapat ustazah ini memberi pendapat yang melulu.

Memetik laporan mStar, pakar psikiatri Dr Rozanizam Zakaria turut menegur ustazah itu. Katanya apa yang ditulis boleh menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap anak-anak yang menghidap autisme.

image is not available

Malah, Public Health Malaysia turut bersolidariti dengan ibu bapa yang terkesan dengan dakwaan yang dibuat ustazah berkenaan.

Mana tidaknya, sebelum ini sudah banyak tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka antaranya tidak pandai menjaga anak, akibat terlalu terdedah kepada gadget dan terbaru gangguan jin.

image is not available

image is not available

Meninjau ke Facebook, netizen rata-ratanya mengkritik tindakan ustazah ini mengaitkan perkara yang tidak sepatutnya. Jelas mereka, tidak semua penyakit bersangkut paut dengan jin atau makhluk halus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved