“Semua salahkan jin” – ‘Ustazah’ Dikecam, Dakwa Autisme Ada Kaitan Gangguan Makhluk Halus

Family & Parenting
28 Mar 2022 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dikurniakan anak yang menghidapi autisme memang merupakan satu cabaran besar buat ibu bapa di luar sana.

Namun dek kerana ramai yang kini mempunyai kesedaran mengenai penyakit ini, ibu bapa tidak lagi berasa stress memikirkan hal anak mereka dan boleh mendapat bantuan daripada doktor yang bertauliah.

 

“Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan JIN”

Pun begitu, satu posting dari seorang ustazah yang kini tular di media sosial telah menimbulkan kecaman netizen apabila dia mendakwa punca seseorang anak mengalami autisme dan speech delay mempunyai kaitan dengan gangguan jin.

Jin mengganggu dan mendatangkan penyakit pada anak-anak ini kerana mereka lemah,” tulisnya.

image is not available

 

“Menangis jin baca statement ustazah”

Posting dari ustazah berkenaan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen termasuklah ibu bapa anak-anak autisme yang merasakan pernyataan berkenaan tidak sepatutnya dikeluarkan daripada seorang ustazah.

image is not available

Public Health Malaysia juga menerusi posting di Facebook, bersolidariti bersama ibu bapa yang terkesan dan berharap keluarga anak-anak autisme ini tabah dengan tohmahan dilemparkan terhadap mereka.

image is not available

image is not available

Semoga ibu bapa yang mempunyai anak menghidap autisme ini tabah dengan dugaan yang melanda. Terus kuat!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.