MSI Memperkenalkan Siri Komputer Riba CreatorPro Yang Menggunakan Kad Grafik RTX A5500

TechnologyDigital
23 Mar 2022 • 7:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MSI ialah jenama komputer yang cukup terkenal untuk komputer-komputer riba mereka yang digunakan untuk tujuan gaming dan juga produktiviti. Dengan pelancaran kad grafik NVIDIA RTX A5500, MSI juga memperlihatkan siri komputer riba produktiviti baru, iaitu MSI CreatorPro.

image is not available

Sebagai pengenalan, MSI memperlihatkan empat model komputer riba dalam siri ini, termasuklah MSI CreatorPro Z17 dan Z16P dan juga MSI CreatorPro M17 dan M16. Kesemua komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel generasi ke-12 Alder Lake H, termasuklah CPU Intel Core i9-12900H dan Intel Core i7-12700H, memori DDR5 sehingga 64GB dan storan SSD.

image is not available

Dari segi penawaran kad grafik pula, MSI CreatorPro Z17 dan CreatorPro Z16P hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA RTX A3000 dan RTX A5500 yang terbaru. MSI CreatorPro M17 dan M16 pula dilihat hadir dengan penawaran kad grafik NVIDIA RTX A1000, RTX A2000 dan RTX A3000.

image is not available

Selain daripada resolusi yang tinggi (2560×1600), panel IPS komputer-komputer riba ini dilihat hadir dengan kebolehan untuk memaparkan 100 peratus gamut warna DCI-P3 yang secara lazimnya digunakan untuk mengolah

Sama seperti apa yang dikatakan NVIDIA sebelum ini, komputer-komputer riba ini dijangka akan mula dijual di pasaran-pasaran terpilih bermula musim bunga ataupun suku kedua tahun ini.