Polis Jumpa Wanita Rentung Dalam Bilik, Polis Tahan Seorang Lelaki Bantu Siasatan

13 Mar 2022 • 3:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dos penggalak

Semalam seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah ditemukan rentung dan disyaki telah dibunuh.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di dalam bilik di kawasan sekolah menengah di Bandar Razak, Cheras dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Maklumat berkenaan kejadian itu diterima Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerusi panggilan MERS 999.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Salak Selatan pergi ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran dipadamkan dan satu mayat dalam keadaan rentung dijumpai oleh pihak bomba.

Mayat wanita yang berusia 25 tahun kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Walaubagaimanapun, satu tangkapan telah dibuat pihak polis terhadap seorang lelaki yang berusia 30 tahun bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.