Percutian Emas di Felda Residence Sungkai Perak

Travel
23 Mar 2022 • 12:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Percutian Emas di Felda Residence Sungkai Perak


2022 menyaksikan semua industri telah kembali seperti biasa dan kita sudah akan melabuhkan tirai pandemik ke endemik pada 1 April 2022. Di sini saya kongsikan tempat yang menarik di negeri Perak yang ramai tidak tahu. Tetapi sangat menarik dan kos yang sangat berpatutan. Negeri Perak adalah negeri yang mudah dikunjungi kerana berapa di tengah antara wilayah utara Penang, Kedah dan wilayah tengah Kuala Lumpur. Tempat yang bakal kita sembang ini adalah berada di daerah Sungkai iaitu lebih kurang 100km dari Kuala Lumpur.

Photo by Ian Turnell from Pexels

Felda Residence Sungkai adalah nama tempat percutian yang sangat tenang dan menghiburkan kanak-kanak. Kepada yang ada anak kecil dan kanak–kanak, di hotel ini ada menyediakan mini taman tema air yang berada satu kawasan dengan kolam air panas semula jadi. Disini juga terdapat kolam besar yang bersuhu suam dan sejuk. Ada juga kolam yang boleh merendam kaki untuk suasana tenang dan rileks.

Bilik yang disediakan juga sangat luas dan selesa tidak padan dengan harga yang ditawarkan. Pakej yang ada hanya RM180 untuk 2 hari 1 malam. Dalam pakej tersebut termasuk 2 tiket taman tema air, 2 tiket sarapan pagi dan 1 bilik tidur yang selesa. Jika kita datang dengan kuantiti yang ramai kita boleh pilih untuk tempah Villa juga. Untuk Villa mereka ada sediakan kolam jakuzi khas di dalam kediaman tersebut. Untuk kemudahan juga mudah kerana ada kedai runcit, kedai makan 2km dari tempat penginapan kerana penduduk Felda Sungai Kelah ramai yang berniaga sehingga lewat malam.

Apa yang sangat menarik adalah kitab oleh singgah di tempat makan yang ‘viral’ iaitu Nasi Bamboo Sg Kelah. Ia sangat terkenal dengan berpuluh jenis lauk tempatan, nasi didalam buluh, ikan bakar dan pelbagai lagi. Tidak mustahil mengapa restoran itu menerima hampir 500 pengujung setiap hari. Rancang percutian korang ke Felda Residence Sungkai kerana pasti sangat berbaloi! Selamat bercuti!


Abdul Muhaimin is a content writer under Headliner by Newswav, a programme where content creators get to tell their unique stories through articles and at the same time monetize their content within the Newswav app.
Register at headliner.newswav.com to become one of our content writers now!

Newswav is solely an aggregation platform and hosts the content. The views expressed and content above including media (pictures, videos, etc) were provided by the author. If you have any questions about the content, copyright or other issues of the work, please contact Newswav.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved