Aaliyah Yoong teruja sahut cabaran di Moomba Masters

7 Mar 2022 • 10:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ATLET ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah kini bersedia untuk menunjukkan kebolehan beliau beraksi dalam sukan itu di luar negara, selepas terhenti dua tahun akibat Covid-19.

Aaliyah yang kejohanan terakhir di Moomba Masters 2020 di Melbourne, Australia sebelum pandemik itu memberhentikan aktivitinya, telah berlepas ke Australia semalam bagi menyertai kejohanan sama edisi 2022 dari 9-14 Mac.

Remaja berusia 18 tahun yang baru-baru ini menerima biasiswa daripada Yayasan Sime Darby, berbangga kerana telah dijemput untuk menyertai acara Moomba itu, yang merupakan satu kejohanan di mana hanya atlet terbaik dunia sahaja akan menyertainya, yang diadakan bersempena dengan Festival Moomba.

Aaliyah yang buat pertama kalinya beraksi di Masters Moomba pada 2013 pada usia sembilan tahun, akan bertanding dalam acara ‘tricks’, ‘slalom’, dan ‘jump’ dalam kedua-dua kategori iaitu remaja dan terbuka, bagi mencatatkan penyertaannya kali ke-10 di kejohanan itu.

"Saya amat gembira dengan latihan persediaan untuk kejohanan Moomba itu, dan saya sangat teruja untuk menyertainya.

"Dua tahun merupakan satu jangka masa yang panjang dan kebetulan kejohanan terakhir saya juga di Moomba 2020. Saya tentunya berharap saya tidak akan menghadapi masalah selepas terlalu lama tidak beraksi,” kata Aaliyah yang memenangi pingat emas pada kategori remaja pada 2020.

Oleh kerana ini merupakan kali terakhir Aaliyah akan menyertai kategori remaja, beliau berharap untuk mengakhirinya dengan membawa pulang pingat emas pada acara ‘tricks’ dan keseluruhan, selain menyasarkan untuk menamatkan acara ‘jump’ di podium.

Bagi kategori terbuka, atlet muda itu menyasarkan untuk menamatkan dalam kelompok lima terbaik dalam acara ‘tricks’, dengan kedudukan terbaiknya berada di tempat ketujuh. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved