
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan ke atas seorang lelaki kerana melupuskan lima telefon pintar curi.
Rodi Salimin mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Tiong Wen Wen, yang duduk selaku majistret, kerana melakukan kesalahan itu ke atas telefon bimbit milik CML KK Enterprise Sdn Bhd pukul 10 pagi pada 26 September, 2021 di sebuah rumah di penempatan setinggan, pekan Manggatal.
Rodi didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 November 2021.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga asing dipenjara enam bulan kerana mencuri kabel elektrik sepanjang 80 meter.
Mustafa Bahijam mengaku mencuri kabel milik SESB pukul 2 petang pada 2 Disember tahun lalu di simpang restoran Kg Salut Seafood, Jalan Sulaman, Manggatal.
Pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan dari tarikh penahanan Mustafa.
Inspektor Navind Kumar Vijayan melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

