
Kota Kinabalu: Seramai 4,728 graduan akan menerima skrol mereka semasa Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) mulai 26 hingga 31 Mac ini.
Memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai istiadat konvokesyen dalam kunjungan hormat di Menara Kinabalu dekat sini Selasa, Naib Canselor UMS Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin berkata seramai 2,643 graduan berasal dari Sabah.
Bagi pelajar antarabangsa pula, seramai 134 akan menamatkan pengajian dengan kumpulan terbesar dari China dengan 74 pelajar diikuti Brunei (21), Timur Leste (10), Indonesia (7), Pakistan (4), Vietnam (4), Bangladesh (3), Mesir (2) dan masing-masing satu dari Thailand, Oman, Kemboja, Korea, Tanzania, Libya, Algeria, Jepun dan Amerika Syarikat.
Taufiq juga berkata terdapat 67 siswazah yang akan menerima PhD dan 287 yang mendapat ijazah sarjana. Taufiq menyampaikan jemputan kepada Hajiji yang merupakan Pro-Canselor UMS untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
