Seorang Ustaz Dijatuhkan Hukuman Penjara 6 Bulan Sebab Rotan Murid?

9 Mar 2022 • 12:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang ustaz yang merotan seorang anak muridnya diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan berkuatkuasa semalam.

Menurut laporan Bernama, kejadian ini berlaku dalam kelas di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

Kejadian itu mengakibatkan murid yang berusia 11 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri dan kanan selepas dirotan ustaz berkenaan.

Walaubaigamaimanapun, ustaz yang berusia 28 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan serta-merta oleh Mahkamah Rayuan bermula semalam.

Guru sememangnya merupakan ibubapa kepada anak-anak ketika mereka berada di sekolah, tapi janganlah sampai mengakibatkan kecederaan macam tu.

Mesti kita sebagai ibubapa rasa tak puas hati kalau terjadi perkara sebegini dekat anak kita kan? Apa pandangan korang? 

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.